Tuesday, March 4, 2014

Ujian Boss.

Eh, eh Si Akhi tu nampak je baik tapi ikhtilat je dengan perempuan dekat Facebook.
Eh, eh Si Ukhti tu pun sama je. Harap je pakai tudung labuh, tapi layan lelaki dekat Twitter.

Tersentak. Aku dalam kedai kopi yang Boss tak redha. Astarghfirullah. *lari-lari.

Well, akan ana katakan bahawa manusia tak terlepas daripada membuat kesilapan. Pasti. Tidak akan terlepas. Isu yang nyata pada hari ini, adalah tika insan lain yang memandang saat Si Akhi atau Si Ukhti itu membuat kesilapan. Sayang seribu kali sayang, masih ada manusia yang tidak memahami bahawa manusia lain ada jatuh bangunnya iman mereka.

Macam nak peluk-peluk je George Elliot yang buat quote "Don't judge a book by its cover". Kerna selalu sangat terjadi dalam kehidupan akhi dan ukhti sekalian. Betul?

Habit kita semua sebagai manusia atau An-Nas ni, selalu mencari kesalahan orang lain. Dan sungguh kita tak penat melakukannya. Ibarat atas kertas putih dititik dengan pen hitam. Apa yang kelihatan? Pasti yang ditanya adalah titik hitam tersebut.

Akhi seaqidah dan ukhti yang comel macam tomato sekalian,

Ana, ukhti serta akhi diuji dengan ujian yang berbeza.

Kadang si akhi diuji dengan cantiknya Nora Danish,
Kadang si ukhti diuji dengan toughnya Kim Jongkook,
Kadang si akhi diuji dengan obsesnya dia terhadap bola sepak,
Kadang si ukhti diuji dengan borosnya dia membeli baju,
Kadang si akhi diuji dengan bestnya Anime.
Kadang si ukhti diuji dengan seronoknya Candy Crush Saga.

Dalam situasi sebegitu rupa, kelihatan ada dua pihak yang terlibat. Pertama, pihak yang membuat tanggapan sejurus si fulan/fulanah membuat kesalahan. Misalnya ada seorang akhi yang sangat alim. Kalau TERnampak dia terus sejuk perut memandang. Tapi, malangnya setiap hari tepat pukul 5:00 petang, dia akan berada di hadapan televisyen untuk menonton SpongeBob. Wait, what?

Dalam sekelip mata, title alim, sejuk perut memandang dan lain-lain terus jadi debu-debu yang berterbangan. *angin bertiup.

Ahah! Saat itu prejudis berlaku. Dia tak ada cerita lain ke nak tengok? Kan lagha cerita SpongeBob tu, tak bawa manfaat pun. Kenapa tengok cerita kanak-kanak tu?

Tapi, rupa-rupanya, cerita tu dah menjadi nadi dia sejak kecil. Untuk kenang ibunya yang telah pergi, dia menonton SpongeBob. Ibu dia selalu tayangkan untuk dia waktu kecil. (Walaupun sejujurnya tak ada kaitan SpongeBob dengan ibu.)

Ya ayyuhal lazi naamanu, just don't judge a book by its cover.

Kedua, pihak yang tak boleh stop dari tengok SpongeBob. You know what, time for you to step up. Time for you and me to take ourselves to the next level.

Hidup kita ni macam game juga. Kalau ana, akhi seBoss serta ukhti tersayang tak lawan musuh-musuh dalam level 1, macam mana nak naik level 2?

Bukankah kita semua cemburu dengan tabahnya Fatimah Az-Zahra menahan lapar selama 3 tahun?
Bukankah kita semua cemburu dengan hebatnya Bilal bertahan di bawah mentari serta batu yang menghempap?
Bukankah kita semua cemburu dengan sabarnya Khansa' tika kesemua 4 orang anaknya meninggal dunia pada hari yang sama?

Think, kalau ana, akhi seTuhan dan ukhti cantik sekalian tak step up untuk ujian yang ada sekarang, sampai bila-bila Boss tak akan uji kita dengan ujian yang lagi hebat. Bukankan Boss pernah berkata,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-Ankabut:2

Nak jadi orang beriman? Kalahkan SpongeBob dalam hati dulu!
(Weh, sabar. Kenapa SpongeBob yang kena ni? Cerita tu banyak ibrah apa.) -Peminat SpongeBob.

1 comment: