Monday, March 3, 2014

Expensive Tau.

STOP! Ini bukan drama Melayu yang heroinnya hampir dilanggar kereta. Apatah lagi jeritan sang heroin yang hendak dikahwinkan dengan lelaki yang dibenci secara paksa.

Tetapi, jeritan hati yang sedang diprovoke di bilik persidangan. Menusuk-nusuk kata-kata Akhi Elfans ke dada. Pedangnya terus-menerus menusuk tepat ke hati hingga tembus ke bahagian belakang badan.

Berapa lama lagi kita nak takluk dunia?
Kenapa kita asyik berharap hasil tangan orang lain?
Adakah kita hanya membantu dalam meningkatkan populasi dalam data-data dunia?
Kenapa tak bergerak untuk dakwah lagi?

Menusuk tak? Hanya Tuhan sahaja yang tahu bila dengar tangisan di sekeliling bilik persidangan itu. Kenapa aku tak menangis? Seorang ikhwah di dalam bilik itu pun menangis, kenapa aku perempuan yang sepatutnya hati lembut tak menangis? Nak rasakan sensasi ikhwah tersebut? Nah rasakan.

Mereka merasakan berjasa dengan keislaman mereka. Katakanlah, "janganlah kamu merasa berjasa dengan keislamanmu, sebenarnya Allah melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar.

Hujurat:17

Akhi serta ukhti tersayang masih tak merasakan apa-apa? Cuba sekali lagi tapi, kali ini dengan renungan betapa kosongnya hari-hari kita berlalu tanpa setitik peluh menitis untuk agama Boss.

Kata nak sebarkan dakwah, tapi masih duk menghadap laptop. Kata nak jadi penghuni Syurga Boss, tapi masih guling-guling atas katil dunia yang empuk.

Syurga Boss tu kan mahal. Takkan dapat kalau hanya solat lima waktu ukhti, takkan dapat kalau hanya puasa dua kali sebulan akhi. Syurga Boss tu perlukan perjuangan dan perjuangan memerlukan pengorbanan.

Bila lagi pengorbanan sulaan Sumayyah akan terbayar?
Bila lagi jasa terpanggangnya Khubaib akan tertunai?
Bila lagi bakti gigitan-gigitan anjing terhadap Zainab Al-Ghazali akan terlangsai?
Yang paling penting, bila lagi segala usaha sang pembawa rahmat ke seluruh alam akan menjadi sesuatu yang berbaloi?

Dari kecil ana, ukhti tercinta serta akhi seaqidah didoktrin dengan nikmatnya Syurga Boss. Dari kecil lagi, akhi seagama sekalian diamuk-amukkan dengan bidadari-bidadari yang muda lagi cantik seperti Ainul Mardhiyyah. Dari kecil lagi, ana dan ukhti comel sekalian dikhabarkan dengan wildan-wildan yang hensem-hensem belaka. Ehem.

Kita ni asyik fikirkan seronoknya Syurga Boss, tapi adakah amalan sendiri serta dakwah kita menunjukkan yang kita sebenarnya hendak ke Syurga Tuhan?

Akhi dan ukhti yang telah dijanjikan SyurgaNya,

Gapailah Syurga Boss tu dengan amalan yang luar biasa daripada insan lain. Kerana harga Syurga Boss tu luar biasa mahalnya.  

No comments:

Post a Comment