Sunday, April 6, 2014

Radar Daei.

"Berita terkini, pencarian kotak hitam diteruskan walaupun tinggal 2 hari lagi hayatnya."

Just keep praying for MH370. And for Egypt 529.

-----------------------------------------------------------------

Hebatnya penangan hilangnya kapal terbang dari radar penerbangan. Mana tak, ramai kot dalam tu. Kita semua pun ada persamaan dengan MH370 tu. Sedar tak?

Daei pun ada radar juga. Sama macam kapal terbang tu.

Cuma yang membezakan kita dengan kapal terbang tu, bila kita hilang dari radar, Datuk Hishamuddin tak adalah duk panggil press nak bagi penjelasan. Bila kita hilang dari radar, tak adalah Australia nak hantar kapal-kapal dia nak cari kita. Bila kita hilang dari radar, tak akan ada orang nak menangis kehilangan kita.

Tapi tapi...
Once akhi atau ukhti hilang dari radar daei ni, no one would care.

Kerna ingat, dakwah dan tarbiyyah tak pernah perlukan kita, kita yang perlukan dakwah dan tarbiyyah. Sebab tu kalau jumpa dengan veteran/SuperSaiya dalam DnT ni, mereka pasti akan cakap, bila dah dapat nikmat DnT ni, don't ever let it go.

Keep staying in this radar, sebab Boss sebenarnya dah lama cari kita dalam radar ni.

Ada yang dapat terbang terus sejak dia lahir.
Ada yang harus mencari sayapnya dan baru dapat terbang dalam radar.
Ada yang dah dapat duk dalam radar, tapi akhirnya hilang.

Tahu, bukan mudah nak stay in this radar. Bukan mudah, terbang-terbang tanpa melihat daratan yang penuh dengan nikmat dunia. Susah yes susah.

Sebab itu perlunya pacakkan iman sekukuhnya dalam hati dulu. Agar tak patah dan terjatuh ke daratan.

Kalau nak diikutkan nak bina KLCC tu, yang dekat bawah tanah tu kena pancangkan dulu. Nak bina bangunan ni, the one that take most of the time ialah pacakan-pacakan dalam tanah tu. Kalau KLCC tu ada 88 tingkat ke atas, dalam tanah tu akan ada lagi banyak tingkatnya ke bawah.

Prinsipnya sama.

Kalau tak kuat yang dekat hati ni. Akhi serta ukhti takkan dapat terbang jauh pun.

Sebab dah kata susahkan duduk dalam radar ni.

Pacakkan iman ni perlu berbalik kepada amal kita. Tulah, orang kata jangan duk terlalu sibuk nak membina orang. Alih-alih diri sendiri terabai.

Tapi, kena ingat daei ni. Sungguh super awesome serta hebat dia. Kena perlu seiring dan sehaluan.

You can never be perfect. Pembinaan diri serta insan lain. Baru qowiy!

Radar ni tak perlukan orang yang tak bergerak. Perlahan-perlahan terbang, tapi jangan terkebelakang. 

Tuesday, March 4, 2014

Ujian Boss.

Eh, eh Si Akhi tu nampak je baik tapi ikhtilat je dengan perempuan dekat Facebook.
Eh, eh Si Ukhti tu pun sama je. Harap je pakai tudung labuh, tapi layan lelaki dekat Twitter.

Tersentak. Aku dalam kedai kopi yang Boss tak redha. Astarghfirullah. *lari-lari.

Well, akan ana katakan bahawa manusia tak terlepas daripada membuat kesilapan. Pasti. Tidak akan terlepas. Isu yang nyata pada hari ini, adalah tika insan lain yang memandang saat Si Akhi atau Si Ukhti itu membuat kesilapan. Sayang seribu kali sayang, masih ada manusia yang tidak memahami bahawa manusia lain ada jatuh bangunnya iman mereka.

Macam nak peluk-peluk je George Elliot yang buat quote "Don't judge a book by its cover". Kerna selalu sangat terjadi dalam kehidupan akhi dan ukhti sekalian. Betul?

Habit kita semua sebagai manusia atau An-Nas ni, selalu mencari kesalahan orang lain. Dan sungguh kita tak penat melakukannya. Ibarat atas kertas putih dititik dengan pen hitam. Apa yang kelihatan? Pasti yang ditanya adalah titik hitam tersebut.

Akhi seaqidah dan ukhti yang comel macam tomato sekalian,

Ana, ukhti serta akhi diuji dengan ujian yang berbeza.

Kadang si akhi diuji dengan cantiknya Nora Danish,
Kadang si ukhti diuji dengan toughnya Kim Jongkook,
Kadang si akhi diuji dengan obsesnya dia terhadap bola sepak,
Kadang si ukhti diuji dengan borosnya dia membeli baju,
Kadang si akhi diuji dengan bestnya Anime.
Kadang si ukhti diuji dengan seronoknya Candy Crush Saga.

Dalam situasi sebegitu rupa, kelihatan ada dua pihak yang terlibat. Pertama, pihak yang membuat tanggapan sejurus si fulan/fulanah membuat kesalahan. Misalnya ada seorang akhi yang sangat alim. Kalau TERnampak dia terus sejuk perut memandang. Tapi, malangnya setiap hari tepat pukul 5:00 petang, dia akan berada di hadapan televisyen untuk menonton SpongeBob. Wait, what?

Dalam sekelip mata, title alim, sejuk perut memandang dan lain-lain terus jadi debu-debu yang berterbangan. *angin bertiup.

Ahah! Saat itu prejudis berlaku. Dia tak ada cerita lain ke nak tengok? Kan lagha cerita SpongeBob tu, tak bawa manfaat pun. Kenapa tengok cerita kanak-kanak tu?

Tapi, rupa-rupanya, cerita tu dah menjadi nadi dia sejak kecil. Untuk kenang ibunya yang telah pergi, dia menonton SpongeBob. Ibu dia selalu tayangkan untuk dia waktu kecil. (Walaupun sejujurnya tak ada kaitan SpongeBob dengan ibu.)

Ya ayyuhal lazi naamanu, just don't judge a book by its cover.

Kedua, pihak yang tak boleh stop dari tengok SpongeBob. You know what, time for you to step up. Time for you and me to take ourselves to the next level.

Hidup kita ni macam game juga. Kalau ana, akhi seBoss serta ukhti tersayang tak lawan musuh-musuh dalam level 1, macam mana nak naik level 2?

Bukankah kita semua cemburu dengan tabahnya Fatimah Az-Zahra menahan lapar selama 3 tahun?
Bukankah kita semua cemburu dengan hebatnya Bilal bertahan di bawah mentari serta batu yang menghempap?
Bukankah kita semua cemburu dengan sabarnya Khansa' tika kesemua 4 orang anaknya meninggal dunia pada hari yang sama?

Think, kalau ana, akhi seTuhan dan ukhti cantik sekalian tak step up untuk ujian yang ada sekarang, sampai bila-bila Boss tak akan uji kita dengan ujian yang lagi hebat. Bukankan Boss pernah berkata,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-Ankabut:2

Nak jadi orang beriman? Kalahkan SpongeBob dalam hati dulu!
(Weh, sabar. Kenapa SpongeBob yang kena ni? Cerita tu banyak ibrah apa.) -Peminat SpongeBob.

Monday, March 3, 2014

Expensive Tau.

STOP! Ini bukan drama Melayu yang heroinnya hampir dilanggar kereta. Apatah lagi jeritan sang heroin yang hendak dikahwinkan dengan lelaki yang dibenci secara paksa.

Tetapi, jeritan hati yang sedang diprovoke di bilik persidangan. Menusuk-nusuk kata-kata Akhi Elfans ke dada. Pedangnya terus-menerus menusuk tepat ke hati hingga tembus ke bahagian belakang badan.

Berapa lama lagi kita nak takluk dunia?
Kenapa kita asyik berharap hasil tangan orang lain?
Adakah kita hanya membantu dalam meningkatkan populasi dalam data-data dunia?
Kenapa tak bergerak untuk dakwah lagi?

Menusuk tak? Hanya Tuhan sahaja yang tahu bila dengar tangisan di sekeliling bilik persidangan itu. Kenapa aku tak menangis? Seorang ikhwah di dalam bilik itu pun menangis, kenapa aku perempuan yang sepatutnya hati lembut tak menangis? Nak rasakan sensasi ikhwah tersebut? Nah rasakan.

Mereka merasakan berjasa dengan keislaman mereka. Katakanlah, "janganlah kamu merasa berjasa dengan keislamanmu, sebenarnya Allah melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar.

Hujurat:17

Akhi serta ukhti tersayang masih tak merasakan apa-apa? Cuba sekali lagi tapi, kali ini dengan renungan betapa kosongnya hari-hari kita berlalu tanpa setitik peluh menitis untuk agama Boss.

Kata nak sebarkan dakwah, tapi masih duk menghadap laptop. Kata nak jadi penghuni Syurga Boss, tapi masih guling-guling atas katil dunia yang empuk.

Syurga Boss tu kan mahal. Takkan dapat kalau hanya solat lima waktu ukhti, takkan dapat kalau hanya puasa dua kali sebulan akhi. Syurga Boss tu perlukan perjuangan dan perjuangan memerlukan pengorbanan.

Bila lagi pengorbanan sulaan Sumayyah akan terbayar?
Bila lagi jasa terpanggangnya Khubaib akan tertunai?
Bila lagi bakti gigitan-gigitan anjing terhadap Zainab Al-Ghazali akan terlangsai?
Yang paling penting, bila lagi segala usaha sang pembawa rahmat ke seluruh alam akan menjadi sesuatu yang berbaloi?

Dari kecil ana, ukhti tercinta serta akhi seaqidah didoktrin dengan nikmatnya Syurga Boss. Dari kecil lagi, akhi seagama sekalian diamuk-amukkan dengan bidadari-bidadari yang muda lagi cantik seperti Ainul Mardhiyyah. Dari kecil lagi, ana dan ukhti comel sekalian dikhabarkan dengan wildan-wildan yang hensem-hensem belaka. Ehem.

Kita ni asyik fikirkan seronoknya Syurga Boss, tapi adakah amalan sendiri serta dakwah kita menunjukkan yang kita sebenarnya hendak ke Syurga Tuhan?

Akhi dan ukhti yang telah dijanjikan SyurgaNya,

Gapailah Syurga Boss tu dengan amalan yang luar biasa daripada insan lain. Kerana harga Syurga Boss tu luar biasa mahalnya.